Aduan Rakyat Kota Belud

Pembela Hak Masyarakat Kota Belud

10:30 PM

WARGA EMAS KENAPA TERBIAR

Posted by ADUAN RAKYAT

Dalam kawasan ADUN Tempasuk, sememangnya masalah miskin tegar adalah sangat memilukan hati bagi seorang yang ada perasaan kasih sayang terhadap insan yang lain, apa lagi kepada warga tua yang tinggal berkeseorangan tanpa perhatian dari sesiapa. Sekitar kampung pintasan, tawadakan, wakap dan kampung sekitarnya mempunyai rekod warga tua yang miskin yang perlu di beri perhatian oleh pihak prihatin seperti kerajaan.

Sebagai seorang yang di anugerahkan perasaan simpati kepada orang lain, saya sangat merasa terkilan dengan isu ini, kerana saya tidak ada kemampuan yang lebih untuk membantu dan menolong mereka. Dalam temu ramah saya dan beberapa kawan saya kepada seorang warga tua yang bertempat di kampung tawadakan, memberitahu, bantuan dari jabatan kebajikan yang di terima setiap berjumlah RM100 tidak mencukupi untuk membeli barang keperluan, sememang nya kos dan harga barang sekarang ini telah melonjak naik akibat factor harga minyak petrol yang tidak menentu.

Saya berpendapat, selain daripada bantuan dari kebajikan, ADUN kawasan sememang nya turun dan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban mereka. Dalam temu bual itu juga, kawan saya sempat bertanya kan kalau datuk musbah datang menyumbang sedikit bantuan, beliau menjawab TIADA, malah bila bencana banjir tempoh hari melanda daerah kota belud, beliau juga antara mangsa banjir, di khabarkan bantuan banjir di salurkan tapi, sehingga sekarang, bantuan itu belum sampai. Kawan saya meneruskan perbualan nya lagi, Adakah mak cik di daftarkan dalam E-KASIH kota belud? Jawapan nya, saya tidak tahu menahu tentang E-Kasih, apa itu E Kasih? Macam mana daftar nya? Kawan saya sekali tunduk dengan perasaan sedih, sumbangan kerajaan betul2 tidak sampai di kampung-kampung sekitar kota belud. Saya juga berfikir, macam mana di kawasan pedalaman seperti nabawan itu?

Saya dengan ikhlas memohon, pihak yang prihatin untuk membantu warga emas yang ada di sekitar daerah kota belud ini, perkara seperti ini harus di beri perhatian serious oleh pihak kerajaan sendiri.

3 comments:

Unknown said...

bantulah Makcik tu mendaftar E-Kasih dan lain-lain kebajikan daripada kerajaan...jgn harapkan sangat dengan YB. beberapa bulan lepas saya pernah berceramah di program PIBG di KB bahawa bangsa kita harus kita contohi kaum Sikh kerana mereka saling bantu membantu.

Kaum sikh menganggap membantu bangsa mereka yang tua dan miskin itu sebagai fardu kifayah. jika dibiar jirannya miskin, seluruh penduduk kampung itu berdosa...

Unknown said...

kalau mengharap YB rasa2 tidak perlu...mereka sudah nerada diatas,tidak akan pandang ke bawah...kalau ada pun untuk mendapatkan sokongan untuk PRU akan datang.
kerajaan terutama kebajikan di kota belud makan gaji buta,yang lain sibuk dengan politik...politik...politik....
lagi satu kepada penulis blog ini,cubalah bantu warga tua ni,bukan dengan menulis di blog...akal adakah...???

BengkaruN said...

Saya bersetuju dengan pandangan dewa..supaya tidak mengharapkan sangat bantuan dari YB.. Mereka ibarat Kelapa Bali yang duduk di atas memandang langit tanpa menghiraukan apa berlaku di bawah

Post a Comment