Aduan Rakyat Kota Belud

Pembela Hak Masyarakat Kota Belud

8:46 PM

TAMBANG KB-KK MEMBEBANKAN

Posted by ADUAN RAKYAT


satu masalah yang harus di beri perhatian oleh semua pihak. permasalahan ini memberi satu tekanan yang serius kepada golongan yang berpendapatan rendah, contohnya peniaga kecil-kecilan yang pendapatan mereka tidak tetap seperti penjawat awam di jabatan- jabatan kerajaan / swasta yang ada.

saya sendiri pernah menggunakan perkhidmatan ini, amat rasa terbeban dengan tambang yang di kenakan oleh pemandu teksi sebanyak RM15 setiap perjalanan. dengan jumlah yang agak tinggi ini masyarakat yang kurang kemampuan terpaksa mencari pendapatan lebih jika ke kota kinabalu. bagaimana pula dengan pelajar sekolah yang tinggal di asrama balik setiap hujung minggu kekadang menggunakan teksi atau kereta sewa untuk pulang?

dalam ekonomi yang tidak menentu, setiap kenaikan harga harus di teliti bagi tidak membebankan rakyat khususnya di daerah kota belud yang di kenali sebagai daerah termiskin di sabah. petani dan peniaga adalah majoriti pekerjaan masyarakat di sini.

bagi saya, tambang sejumlah RM15 setiap orang terlalu mahal dan membebankan, berbanding dahulu, hanya sekitar RM10 dan jika menaiki bus tambang hanya di kenakan RM5 setiap orang. jika di banding dengan sekarang, kenaikan mendadak selepas di pengaruhi oleh kenaikan harga minyak dunia, walaupun begitu kementerian pengangkutan telah memberi amaran supaya tambang tidak boleh di naik kan sewenang wenangnya kerana kerajaan masih memberi subsidi minyak. jika melihat keadaan ketika orang ramai hendak ke KK, mereka sanggup menunggu lama untuk menaiki bus, kerna tambang yang di di kenakan sebanyak RM8 sesuai dengan perjalanan mereka yang memakan masa sejam.

harap semua pihak tampil dan untuk menyatakan keadaan sebenar kepada penduduk, kenaikan tambang bukan perkara baru di kota belud. jika terlalu memikirkan keuntungan, itu akan menindas golongan yang berpendapatan rendah dan tidak tetap. bagi saya wajar jika harga tambang sebanyak RM12 setiap seorang untuk kereta sewa.

10:30 PM

WARGA EMAS KENAPA TERBIAR

Posted by ADUAN RAKYAT

Dalam kawasan ADUN Tempasuk, sememangnya masalah miskin tegar adalah sangat memilukan hati bagi seorang yang ada perasaan kasih sayang terhadap insan yang lain, apa lagi kepada warga tua yang tinggal berkeseorangan tanpa perhatian dari sesiapa. Sekitar kampung pintasan, tawadakan, wakap dan kampung sekitarnya mempunyai rekod warga tua yang miskin yang perlu di beri perhatian oleh pihak prihatin seperti kerajaan.

Sebagai seorang yang di anugerahkan perasaan simpati kepada orang lain, saya sangat merasa terkilan dengan isu ini, kerana saya tidak ada kemampuan yang lebih untuk membantu dan menolong mereka. Dalam temu ramah saya dan beberapa kawan saya kepada seorang warga tua yang bertempat di kampung tawadakan, memberitahu, bantuan dari jabatan kebajikan yang di terima setiap berjumlah RM100 tidak mencukupi untuk membeli barang keperluan, sememang nya kos dan harga barang sekarang ini telah melonjak naik akibat factor harga minyak petrol yang tidak menentu.

Saya berpendapat, selain daripada bantuan dari kebajikan, ADUN kawasan sememang nya turun dan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban mereka. Dalam temu bual itu juga, kawan saya sempat bertanya kan kalau datuk musbah datang menyumbang sedikit bantuan, beliau menjawab TIADA, malah bila bencana banjir tempoh hari melanda daerah kota belud, beliau juga antara mangsa banjir, di khabarkan bantuan banjir di salurkan tapi, sehingga sekarang, bantuan itu belum sampai. Kawan saya meneruskan perbualan nya lagi, Adakah mak cik di daftarkan dalam E-KASIH kota belud? Jawapan nya, saya tidak tahu menahu tentang E-Kasih, apa itu E Kasih? Macam mana daftar nya? Kawan saya sekali tunduk dengan perasaan sedih, sumbangan kerajaan betul2 tidak sampai di kampung-kampung sekitar kota belud. Saya juga berfikir, macam mana di kawasan pedalaman seperti nabawan itu?

Saya dengan ikhlas memohon, pihak yang prihatin untuk membantu warga emas yang ada di sekitar daerah kota belud ini, perkara seperti ini harus di beri perhatian serious oleh pihak kerajaan sendiri.

11:05 PM

N6 TEMPASUK MASALAH PARIT

Posted by ADUAN RAKYAT


Projek agropolitan yang di usahakan oleh pembantu menteri pertanian dan makanan, datuk musbah haji jamli yang juga ADUN N6 Tempasuk Kota Belud kini rancak untuk di jalankan, akan tetapi sekitar N6 tempasuk ini, melihat dari sudut pemparitan sawah padi, masih lagi terdapat masalah pemparitan kepada petani yang mengusahakan tanaman turun temurun ini yang juga tanaman ini adalah sumber pendapatan utama penduduk di sini. Bila tinjauan saya dan beberapa rakan yang lain terhadap keseluruhan parit pada sawah padi memang tidak sempurna dan sangat bermasalah pada tanaman padi khususnya. Sekitar kampung tawadakan, pintasan Labuan, jawi-jawi dan kawasan-kawasan sekitar nya masih lagi di bebani oleh masalah ini.

Dalam tinjauan ini, saya sempat mengambil gambar sebagai bukti bahawa masalah ini masih lagi belum di ambil tindakan sewajarnya oleh datuk musbah sendiri sebagai pengusaha projek agropolitan di daerah ini. Projek agro ini di katakan berperingkat, namun persoalan nya sampai bila masalah ini membebani penduduk jika tiada langkah sementara yang di buat?

Justeru itu, saya dengan ikhlas memohon supaya, masalah ini di tangani segera oleh datuk musbah sebagai ADUN N6 Tempasuk Kota Belud. Beberapa luahan kata kata oleh rakan saya yang juga kebetulan bersama sama saya melihat perubahan dan peningkatan projek agro ini, yang berbunyi, “ datuk musbah adalah ADUN kawasan ini yang juga merangkap menteri pertanian, kenapa masalah ini terus membebani penduduk? Adakah beliau hanya tertumpu pada projek agro itu? Dan tiada kah langkah awal untuk masalah pemparitan sawah padi ini?”. Saya hanya mendiamkan diri, kerana saya berpendapat, hanya datuk musbah sahaja yang mampu menjawab persoalan itu.

10:13 PM

KENAPA BLOG INI WUJUD

Posted by ADUAN RAKYAT


saya berterima kasih kepada semua blogger kota belud yang begitu aktif memaparkan isu semasa terutama isu mengenai permasalahan politik di daerah kota belud khasnya. tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk memaparkan keperitan, kesusahan rakyat serta mewakili suara masyarakat secara am yang jauh di sisi pemimpin kerana kesibukan urusan kerja yang membuat mereka leka dengan tanggungjawab yang sebenar. Doakan semoga paparan ini dapat di sampaikan kepada wakil rakyat atau pemimpin walaupun bukan secara rasmi di nyatakan.

kepada semua blogger kota belud, cadangan dan komen anda semua amat saya perlukan untuk membela nasib bangsa kita yang sekian lama tidak di bela sewajarnya. nantikan paparan saya untuk buat kali pertama nya menyertai blog. terima kasih.

(saya memohon maaf kerana blog yang sedia ada itu, saya terlupa password nya, jadi untuk meneruskan, saya meminta kepada kawan saya untuk membuat blog yang serupa) maklum lah saya baru belajar menggunakan blog ini dan masih minta nasihat dari blogger semua.

kepada rakan blogger Musli Oli dan juga Kelapa Mawar, saya sangat berterima kasih atas kunjungan, cadangan dan komen anda itu, saya sangat memerlukan nya untuk membela bangsa kita.