Aduan Rakyat Kota Belud

Pembela Hak Masyarakat Kota Belud

11:05 PM

N6 TEMPASUK MASALAH PARIT

Posted by ADUAN RAKYAT


Projek agropolitan yang di usahakan oleh pembantu menteri pertanian dan makanan, datuk musbah haji jamli yang juga ADUN N6 Tempasuk Kota Belud kini rancak untuk di jalankan, akan tetapi sekitar N6 tempasuk ini, melihat dari sudut pemparitan sawah padi, masih lagi terdapat masalah pemparitan kepada petani yang mengusahakan tanaman turun temurun ini yang juga tanaman ini adalah sumber pendapatan utama penduduk di sini. Bila tinjauan saya dan beberapa rakan yang lain terhadap keseluruhan parit pada sawah padi memang tidak sempurna dan sangat bermasalah pada tanaman padi khususnya. Sekitar kampung tawadakan, pintasan Labuan, jawi-jawi dan kawasan-kawasan sekitar nya masih lagi di bebani oleh masalah ini.

Dalam tinjauan ini, saya sempat mengambil gambar sebagai bukti bahawa masalah ini masih lagi belum di ambil tindakan sewajarnya oleh datuk musbah sendiri sebagai pengusaha projek agropolitan di daerah ini. Projek agro ini di katakan berperingkat, namun persoalan nya sampai bila masalah ini membebani penduduk jika tiada langkah sementara yang di buat?

Justeru itu, saya dengan ikhlas memohon supaya, masalah ini di tangani segera oleh datuk musbah sebagai ADUN N6 Tempasuk Kota Belud. Beberapa luahan kata kata oleh rakan saya yang juga kebetulan bersama sama saya melihat perubahan dan peningkatan projek agro ini, yang berbunyi, “ datuk musbah adalah ADUN kawasan ini yang juga merangkap menteri pertanian, kenapa masalah ini terus membebani penduduk? Adakah beliau hanya tertumpu pada projek agro itu? Dan tiada kah langkah awal untuk masalah pemparitan sawah padi ini?”. Saya hanya mendiamkan diri, kerana saya berpendapat, hanya datuk musbah sahaja yang mampu menjawab persoalan itu.

0 comments:

Post a Comment